Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ukraine hidupkan impian beraksi di Piala Dunia

    GLASGOW, 2 JUN – Pengurus Ukraine, Oleksandr Petrakov mendedikasikan kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Scotland untuk mara ke perlawanan play-off Piala Dunia kepada mereka yang berjuang di tanah air mereka.

    Beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama mereka sejak Ukraine diceroboh oleh Rusia, Andriy Yarmolenko, Roman Yaremchuk dan Artem Dovbyk berjaya menjaringkan gol untuk menempah perlawanan menentang Wales di gelanggang luar Ahad ini untuk merebut tempat beraksi di Qatar pada peng-hujung tahun ini.

    Perlawanan tersebut telah ditangguhkan sejak Mac lalu, beberapa minggu selepas perang tercetus, yang memberikan peluang kerpada Ukraine untuk menghabiskan baki perlawanan mereka.

    Enam daripada barisan kesebelasan utama pasukan pelawat tersebut masih lagi di bawah kontrak bersama kelab Ukraine dan tidak beraksi selama berbulan-bulan.

    Oleksandr Zinchenko terharu semasa malam sebelum perlawanan di mana dia memberitahu bahawa ia akan lebih bermakna sekiranya berjaya membawa Ukraine melangkah ke Piala Dunia.

    Aksi Mykola Shaparenko (dua, kanan) dalam perebutan mendapatkan bola dengan McTominay (dua, kiri) semasa perlawanan kelayakan separuh akhir Piala Dunia FIFA di Glasgow, Scotland. – AFP

    Pasukan tersebut diketuai oleh Zinchenko, yang tidak menunjukkan prestasi kemerosotan prestasi ataupun menanggung beban berat untuk memenuhi harapan bermain di Piala Dunia.

    Pemain-pemain Ukraine memasuki padang tersebut dengan bendera kuning dan biru sebelum menyanyikan lagu kebangsaan mereka dan kemudian stadium tersebut dipenuhi dengan tepukan gemuruh.

    Sementara itu, penjaga gol Scotland, Craig Gordon telah menyelamatkan pasukannya pada separuh masa pertama perlawanan dengan melakukan penyelamatan yang hebat untuk menafikan jaringan Viktor Tsygankov dan Yarmolenko.

    Scotland mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan, tetapi ketika perlawanan tersebut mereka kurang memberikan ancaman untuk menyerang bahagian pertahanan Ukraine untuk mengekalkan harapan mereka meraih Piala Dunia pertama sejak 1998.

    Empat minit selepas masa kedua bersambung, laluan mereka untuk beraksi di Qatar semakin sukar apabila Yaremchuk menanduk masuk hantaran lintang Oleksandr Karavayev ke gawang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...