BERLIN, 12 MEI – Ukraine ingin menempah satu tempat dalam Kesatuan Eropah (EU), walaupun sekiranya memperoleh keahlian penuh mungkin mengambil masa, kata Menteri Luar Negeri Dmytro Kuleba di Berlin hari ini.
“Ia bukan mengenai keahlian paling cepat mungkin untuk Ukraine di EU. Namun apa yang amat penting bagi kami adalah slot ini dikhaskan untuk Ukraine,” beritahunya kepada penyiar Jerman ARD.
“Kami sering mendengar bahawa Ukraine tergolong dalam negara Eropah, milik keluarga Eropah dan kini sudah tiba masanya untuk menempah tempat ini,” tambah beliau.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengingatkan pada awal minggu ini bahawa ia akan mengambil masa ‘berdekad-dekad’ untuk calon seperti Ukraine untuk menyertai EU.
Sebaliknya, Macron mencadangkan komuniti politik Eropah yang lebih luas mungkin boleh ditubuhkan untuk memasukkan anggota seperti Ukraine atau Britain.
Kuleba berkata beliau tidak mempunyai butiran mencukupi untuk menimbang cadangan Macron untuk menyertai kelab Eropah.
Namun beliau berkata ‘berdasarkan pemahaman kami, cadangan Perancis tidak bercanggahan dengan pemberian status pencalonan EU kepada Ukraine. – AFP