KYIV, 3 APRIL – Ukraine berkata ia telah merampas semula wilayah Kyiv, dengan tentera Rusia berundur dari sekitar ibu kota dan bandar Chernigiv, ketika bukti tersebar mengenai kemungkinan pembunuhan orang awam di kawasan-kawasan yang ditawan oleh tentera penceroboh.
Wartawan AFP menyaksikan sekurang-kurangnya 20 mayat, kesemuanya berpakaian orang awam, terbaring di sebatang jalan di bandar Bucha berhampiran ibu kota dan mayat seorang jurugambar yang hilang ditemui di kawasan perkampungan berdekatan.
Tiga daripadanya terlibat dalam situasi sukar selepas menaiki pengangkutan terakhir mereka, sementara yang lain terbunuh akibat ditembak dan dirempuh kereta.
Salah satu tangannya terikat di belakangnya dengan kain putih, dan pasport Ukraine miliknya dibiarkan terbuka bersebelahan mayatnya, kata wartawan AFP yang memasuki bandar tersebut.
“Kesemua mereka ditembak mati,” kata datuk bandar Bucha, Anatoly Fedoruk kepada AFP, menambah bahawa 280 lagi mayat telah ditanam di perkuburan besar di bandar itu.

“Ini adalah akibat pencerobohan Rusia,” kata Fedoruk.
Setiausaha Luar Britain, Liz Truss berkata dia “terkejut dengan kekejaman di Bucha dan bandar lain di Ukraine.”
“Laporan menyebutkan tentera Rusia menyasarkan orang awam yang tidak bersalah adalah melampau. United Kingdom sedang berusaha dengan yang lain untuk mengumpulkan bukti dan menyokong siasatan jenayah perang @IntlCrimCourt. Mereka yang bertanggungjawab akan dipertanggungjawabkan,” tulis Truss melalui Twitter lewat kelmarin.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa sudah membuka kertas siasatan mengenai kemungkinan berlakunya jenayah perang di Ukraine, dan beberapa pemimpin Barat, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, sudah menuduh Presiden Rusia, Vladmir Putin sebagai ‘penjenayah perang’.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut menuduh askar Rusia menanam periuk api dan perangkap lain ketika mereka berundur dari utara Ukraine. – AFP