Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine, Korea Utara putuskan hubungan diplomatik

    ANKARA, 14 JULAI – Ukraine kelmarin memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas negara itu mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.

    “Ukraine hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sebagai tindak balas kepada keputusannya mengiktiraf kemerdekaan wilayah yang diduduki sementara Rusia di wilayah Donetsk dan Luhansk di Ukraine,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko di akaun Twitter.

    Donetsk dan Luhansk – merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine – telah menjadi lokasi puak pemberontak yang disokong Rusia sejak 2014, apabila Rusia menguasai semenanjung Crimea, Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda