Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine: Letupan kedengaran di Kyiv, Kharkiv

    MOSCOW, 31 OKT – Beberapa siri letupan menggegarkan bandar di Ukraine termasuk Kyiv dan Kharkiv hingga menyebabkan bekalan elektrik terputus, lapor Sputnik hari ini.

    Sekurang-kurangnya lima letupan dilaporkan berlaku di wilayah Kyiv dan Vyshhorod, menurut penyiar Ukraine TSN.

    Gabenor wilayah Kharkiv, Oleh Synyehubov mengesahkan kejadian itu di Telegram serta mendakwa infrastruktur di bandar itu turut dibedil.

    Awal hari ini amaran serangan udara telah dikeluarkan di seluruh Ukraine.

    Infrastruktur tenaga, komunikasi, pertahanan dan ketenteraan Ukraine menjadi sasaran serangan sejak 10 Oktober. 

    Moscow didakwa melancarkan serangan terhadap Ukraine dua hari selepas pengeboman di Jambatan Crimea dan Rusia percaya perbuatan berkenaan didalangi unit khas Ukraine. – Bernama  

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda