Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine mula eksport elektrik ke Eropah

    KYIV, 1 JULAI – Ukraine mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah kelmarin, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal.

    “Eksport elektrik dari Ukraine ke Eropah sudah bermula,” tulis Shmyhal di platform Telegram, lapor Xinhua.

    Shmyhal berkata untuk permulaan, bekalan elektrik akan disalurkan ke Romania dengan kapasiti sebanyak 100 megawatt. Ukraine menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti aliran elektrik ke Eropah kepada 2.5 gigawatt untuk masa akan datang.

    Menurut Shmyhal, Ukraine berpotensi menjana pendapatan kira-kira AS$2.4 bilion setahun bagi eksport elektrik ke negara Eropah.

    Pada Mac lalu, grid elektrik Ukraine telah diselaraskan dengan Rangkaian Pengendali Sistem Penghantaran Elektrik Eropah. – Bernama

    Gambar fail 21 Jun menunjukkan asap di sebuah loji penapisan minyak di Lysychansk, Ukraine selepas pencerobohan Rusia. Meskipun terbelenggu dengan perang, Ukraine kelmarin mula mengeksport elektrik ke Eropah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda