PARIS, 5 JULAI – Pemerintah Ukraine membuat perancangan yang membolehkan kerajaan beroperasi walaupun berdepan dengan keadaan sukar iaitu dengan menjadikan semua perkhidmatan kepada digital dengan bantuan teknologi besar.
Perancangan itu agar negara tersebut boleh berubah menjadi negara digital selepas Presiden Volodymyr Zelensky mengumumkan pelan berkenaan pada bulan lalu susulan pencerobohan Rusia. Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri, Mykhailo Fedorov mengulas perkara tersebut di persidangan yang berlangsung di Switzerland, kelmarin.
Sebelum peperangan berlaku, Ukraine telah pun merancang untuk menjadikan negara mengadapatasi penggunaan digital 100 peratus.
“Perkhidmatan secara digital tidak dapat dimusnahkan oleh peluru berpandu, terutamanya jika awda menyimpan maklumat dalam Amazon atau Microsoft,” kata Fedorov semasa persidangan di Lugano.
Salah satu daripada matlamat negara tersebut adalah menggantikan sistem birokrat dengan penggunaan aplikasi pada telefon pintar.
Penduduk Ukraine akan dapat menyelesaikan semua urusan pentadbiran tanpa pergi ke pejabat kerajaan ataupun mengisi borang.
Selain daripada itu, ia juga termasuk penggunaan digital dalam urusan pendaftaran tanah, kereta atau hartanah, membuka perusahaan atau mengisi borang pengesahan kastam.
Fedorov menekankan bahawa pekerja birokrat yang berlebihan akan dilatih semula untuk menjalankan tugas atau peranan mereka dalam ekonomi baharu. – AFP