Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine serang pangkalan tentera laut Rusia

    MOSCOW, 4 OGOS – Cubaan Ukraine untuk menyerang pangkalan tentera laut Rusia di bandar Novorossiysk dengan dua bot tanpa pemandu, gagal apabila dikesan dan dimusnahkan oleh kapal perang Rusia, lapor Sptunik memetik Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat.

    “Malam ini, angkatan tentera Ukraine cuba menyerang pangkalan tentera laut Novorossiysk dengan dua bot tanpa pemandu namun, dapat dikesan secara visual dan dimusnahkan oleh kapal Rusia yang mengawal kawasan luar pangkalan tentera laut itu,” kata kementerian pertahanan.

    Dalam hantarannya di Telegram, Gabenor Wilayah Krasnodar Veniamin Kondratyev berkata tiada kerosakan material atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu.

    Caspian Pipeline Consortium, sebuah konsortium dan saluran paip minyak untuk mengangkut minyak Caspian dari medan minyak Tengiz di Kazakhstan ke terminal eksport di Novorossiysk, pada Jumaat berkata ketika kejadian pihaknya sedang memuatkan minyak ke kapal tangki yang ditambat di situ. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda