Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ukraine tuduh Rusia serang loji nuklear

    KYIV, 19 SEPT – Agensi tenaga nuklear Ukraine, Energoatom menuduh tentera Rusia melakukan serangan ke atas loji nuklear kedua terbesar yang terletak di selatan negara itu.

    Tuduhan itu dibuat selepas loji nuklear Zaporizhzhia, kemudahan atom terbesar di Eropah, sering berdepan serangan tembakan sejak beberapa bulan lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai insiden nuklear.

    “Tentera Rusia melakukan serangan peluru berpandu ke atas tapak perindustrian loji kuasa nuklear Pivdennoukrainsk,” kata Energoatom dalam satu muat naik di Telegram.

    Ia menambah, letupan kuat berlaku hanya 300 meter dari reaktor kemudahan itu namun ia beroperasi seperti biasa. Agensi itu berkata, serangan berkenaan merosakkan lebih seratus tingkap di bangunan stesen janakuasa itu. Ia turut menyiarkan gambar kaca yang berkecai di sekeliling tingkap yang pecah.

    Agensi itu juga menyiarkan gambar apa yang dikatakan sebagai kawah sedalam dua meter dari tempat peluru berpandu itu mendarat.

    “Kita bernasib baik, tiada seorang pun dalam kalangan kakitangan loji janakuasa cedera,” kata Energoatom. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...