Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulam rahsia sihat warga emas 102 tahun

    KULIM, 25 Jun – Mendakwa usianya 102 tahun, seorang warga emas di sini bukan sahaja mampu menguruskan diri sendiri dengan baik tetapi juga  memiliki daya ingatan yang masih kuat yang dipercayainya hasil amalan makan ulam-ulaman sejak muda.

    Siti Zahrah Wahab dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Bok’,  dipercayai penduduk tertua di kampung itu.

    “Tok berjalan gunakan tongkat… penglihatan tok semakin berkurangan tetapi masih boleh melihat dengan jelas dari jarak dekat.

    “Kalau tengah hari panas tok kena pakai cermin mata yang gelap untuk atasi masalah silau mata,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

    Berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalannya, Siti Zahrah dilahirkan pada 1925 namun katanya ketika pendaftaran dokumen pengenalan diri dibuat, umurnya ‘dimudakan’ 10 tahun.

    Nenek Siti Zahrah Wahab,101, atau ‘Tok Bok’ tersenyum gembira setelah Tokoh Maal Hijrah Daerah Kulim 1433 (2011) Tan Khim Peng,53 ,membantu warga emas itu memakai baju kurung baharu yang diberi oleh Kim Pheng sempena warga emas itu menyambut Aidilfitri.
    Nenek Siti Zahrah Wahab,101, atau ‘Tok Bok’ tersenyum gembira setelah Tokoh Maal Hijrah Daerah Kulim 1433 (2011) Tan Khim Peng,53 ,membantu warga emas itu memakai baju kurung baharu yang diberi oleh Kim Pheng sempena warga emas itu menyambut Aidilfitri.

    Selain mampu berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain, warga emas ini juga  masih mampu bertutur dengan jelas.

    Dia yang mempunyai empat anak hasil daripada dua perkahwinan berkata anak sulungnya bernama Yazid Bakar dan sudah berusia 82 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda