Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulama Iran: Memandu cuai adalah satu dosa

    TEHRAN, 4 April – Pemimpin Islam Iran mengeluarkan fatwa menyatakan memandu dalam keadaan cuai adalah berdosa apabila kira-kira 700 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan ketika sambutan tahun baru Parsi.

    Cuti dua minggu sempena perayaan Nowruz yang berakhir hujung minggu lalu telah menyaksikan peningkatan 12 peratus berbanding angka kematian tahun lalu, kata Ketua Polis, Taghi Mehri, semalam.

    Namun jumlah kehilangan nyawa dalam kemalangan jalan raya yang menakutkan, dengan lebih setengah juta terbunuh sejak dua dekad lalu, memaksa pemimpin agama masuk campur.

    “Melanggar peraturan jalan raya adalah satu dosa dan mematuhi peraturan adalah tuntutan agama,” kata pemimpin agama Iran, Ayatollah Makarem Shirazi, minggu lalu.

    Beliau mengulangi deklarasi yang dibuatnya pada 2014, apabila berkata: “Memandu dalam keadaan letih dan mengantuk, memotong kereta lain secara salah dan melanggar lampu merah adalah salah/haram.”

    Iran hampir bersendirian dalam kala-ngan negara berpendapatan sederhana apabila menyentuh mengenai skala kematian yang berpunca akibat kemalangan jalan raya.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan ia dalam senarai 10 teratas selain negara miskin Afrika seperti Libya, Republik Demokratik Congo dan Republik Afrika Tengah yang menyaksikan pemandu berhadapan keadaan jalan raya teruk dan militan bersenjata.

    Satu-satunya negara berpendapatan sederhana di tangga 10 teratas adalah Thailand, walaupun tiga suku kematian akibat jalan raya negara itu melibatkan motosikal yang tidak banyak didapati di Iran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda