Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulama Iraq tuntut pilihan raya diadakan ‘secepat mungkin’

    BAGHDAD, 31 JAN – Ulama tertinggi Syiah Iraq hari ini menggesa pilihan raya parlimen diadakan ‘secepat mungkin’ untuk meredakan krisis politik yang membelenggu negara sejak bantahan antikerajaan meletus empat bulan lalu.

    Rayuan beliau adalah sejajar dengan penunjuk perasaan di Baghdad dan seluruh kawasan selatan yang telah menuntut pilihan raya kilat diadakan dan tokoh bebas dilantik untuk mengganti perdana menteri sekarang. Dalam khutbah yang disampaikan oleh wakilnya di bandar Karbala, Ayatollah Ali Sistani berkata ‘adalah penting untuk mempercepat pilihan raya supaya rakyat boleh memberikan kata pemutus mereka.”

    Beliau berkata Iraq mesti ‘mempercepat penubuhan sebuah kerajaan baharu’ dan ‘mengambil langkah perlu untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil secepat mungkin.’

    Parlimen telah meluluskan undang-undnag pilihan raya baharu tetapi ia gagal memenuhi permintaan khusus pembantah dan Presiden Barham Saleh masih belum menandatanganinya.

    Sementara tekanan daripada Sistani dan bantahan jalan raya memaksa Perdana Menteri Adel Abdel Mahdi meletak jawatan pada Disember, beliau telah kekal menjadi perdana menteri sementara memandangkan parti politik masih belum mencapai persetujuan mengenai seorang pengganti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda