Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulama, umara mesti bersatu

    IPOH, Perak, 26 Feb – Ulama dan umara mestilah selamanya duduk bersama dan jika mereka terpisah, akan berlakulah kepincangan dalam kepimpinan dan kekhalifahan.

    Ini kerana ulama dan umara sama-sama memegang peranan dan tidak wajar mengambil sikap sendiri-sendiri antara satu sama lain, demi ikatan kepentingan dan keperluan.

    Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menekankan perkara itu ketika membentangkan kertas kerja utama bertajuk ‘Kepemimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara’ di Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina @ Meru, Bandar Meru Jaya, Ipoh, Perak hari ini.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda