Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulang tahun BTS, pelajar Pusat Bahagia disambut meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 23 OKT – Beberapa pelajar berkeperluan khas dari Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait, meraikan ulang tahun kelahiran mereka bersempena dengan sambutan ulang tahun pertama Pusat Latihan Beta Testing Services Sdn Bhd (BTS).

    Acara yang diadakan di Bilik Serba guna Pusat Bahagia Eric Goh, dihadiri oleh Pegawai Kerja Sosial Pusat Bahagia, Dayangku Khairah Wadhihah binti Zainurin selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil-wakil dari BTS Sdn Bhd termasuk Pengarah, Liew Tai Ping; Pengurus Besar, Hon Jenn Hui dan Pengurus Teknikal, Balakrishnan Chandramohan.

    Dalam ucapan perasmian, tetamu kehormat menyatakan bahawa acara tersebut bertujuan untuk meraikan ulang tahun kelahiran pelajar berkeperluan khas dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari.

    Sementara itu, Balakrishnan Chandramohan menambah bahawa sambutan hari lahir itu juga diadakan bersempena dengan ulang tahun pertama Pusat Latihan BTS.

    Gambar ramai pelajar Pusat Bahagia yang menyambut ulang tahun mereka semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara aktiviti yang diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut. – GAMBAR Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    “Kami ingin meraikan pencapaian ini dengan komuniti setempat, sambil menghubungkan dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” tambahnya.

    Acara diteruskan dengan upacara memotong kek di mana pelajar-pelajar berkeperluan khas menyambut ulang tahun kelahiran mereka diiringi dengan nyanyian lagu hari jadi.

    Wakil-wakil BTS juga menyampaikan cenderamata kepada pelajar-pelajar dan kakitangan pusat tersebut.

    Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti rolling game, aktiviti mewarna dan pin the tail on the cat.

    Seterusnya acara ditutup dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda