VIENTIANE, 8 JAN – Kementerian Pertahanan Laos sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-75 penubuhan Tentera Rakyat Laos pada 20 Januari nanti.
Kementerian itu menganjurkan upacara di seluruh negara untuk menandakan peristiwa bersejarah itu dan telah melantik jawatankuasa khas untuk menyediakan aktiviti, Televisyen Keselamatan Awam Laos hari ini memetik Timbalan Menteri Pertahanan Negara, Thongloy Silivong sebagai berkata.
Satu pertandingan akan diadakan di mana orang ramai dijemput untuk mencipta karya seni atau sastera untuk meraikan penubuhan Tentera Rakyat Laos.
Mulai hari ini sehingga 20 Januari, aktiviti promosi akan dianjurkan secara meluas dan dihebahkan kepada orang ramai. – Xinhua