JOHANNESBURG, 3 JULAI – Seorang ahli perniagaan baharu yang berasal dari Afrika Selatan berhasrat untuk mengubah pandangan dan cara memakan ulat bulu yang dikenali sebagai ulat mopane.
Bagi kebanyakan orang, terutamanya dari negara barat Eropah, pemikiran memakan serangga masih lagi diselubungi oleh ketakutan. Tetapi haiwan tersebut boleh menjadi sumber berharga dalam pemakanan dan membiakkannya tidak akan menjejaskan persekitaran.
Seorang jurutera kimia dari Afrika Selatan, Wendy Vesela menemukan cara lain dalam mengubah ulat bulu – yang dipenuhi dengan protein dan zat besi – menjadi tepung yang dapat digunakan dalam pembuatan biskut, kepingan coklat protein, bijirin ataupun smoothies. Selain itu, ia boleh dikukus dan dipotong, potongan mopane itu juga boleh digunakan sebagai topping pada pizza.
Sementara itu, Vesela berkata dia telah menemukan pelanggan domestik dan antarabangsa yang menginginkan produk organik berkenaan. Serangga dan cacing yang dapat dimakan meraih popularitinya dalam budaya Barat.
Walaupun pakar antropologi makanan, Anna Trapido menegaskan bahawa trend pemakanan tersebut tidak sepatutnya dilihat sebagai sebahagian daripada pemakanan diet.
Di kampung Vesela di Limpopo, di mana dia dibesarkan di bandar tidak jauh dari Taman Nasional Kruger, mopane adalah makanan asasi mereka, yang di masak menggunakan sos yang diperbuat dari bawang dan tomato. – AFP