PENGSHAN, China – Ribuan ulat putih bergerak-gerak dengan rakusnya apabila sedang memakan sisa daging, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diletakkan di dalam sebuah ladang yang pelik di barat daya China.
Ia bukanlah suatu pemandangan yang cantik, namun larva yang kelihatan rakus itu mampu membantu dalam pemakanan di China, jika sesuatu keadaan menjadi gawat: sisa pemakanan di kawasan pergunungan negara itu.
Larva jenis ‘lalat askar hitam’, yang mana berasal daripada Amerika, boleh memakan sisa-sisa sampah sebanyak dua kali ganda daripada berat badannya, menurut pakar.
Sebuah ladang di wilayah Sichuan kini telah mengusahakan perladangan pepijat di mana pemakanan dan najis serangga tersebut yang berprotein tinggi itu telah dijadikan suatu baja organik.
“Pepijat ini sungguh menjijikkan! Ia digunakan untuk pengurusan sisa makanan. Anda perlu melihat ini dari sudut lain,” kata Hu Rong, pengurus ladang berhampiran bandar raya Pengshan.
Tidak ada masalah kekurangan ulat bagi larva-larva ini: Setiap orang akan membuang hampir 30 kilogram makanan setiap tahun di China, sebuah negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk.
“Secara purata, satu kilogram ulat boleh memakan dua kilogram sampah dalam masa empat jam,” kata Hu.
Hu membeli makanan yang dibuang dari Chengwei Environment, sebuah syarikat yang mengumpul sisa makanan dari 2,000 buah restoran di bandar raya Chengdu.
“Jika anda meletakkan seekor ikan di sini, satu-satunya yang akan tinggal adalah tulangnya,” kata pengarah Chengwei Environment, Wang Jinhua.
Satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia di dunia ini – kira-kira 1.3 bilion tan – akan di buang atau dibiarkan begitu sahaja setiap tahun, di mana 870 juta manusia masih berlapar, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.
Sisa-sisa ini turut menambahkan lagi masalah pencemaran. Dalam satu laporan pada tahun 2011, FAO berkata bahawa jika sisa makanan adalah sebuah negara, ia hanya mengklasifikasikan AS dan China bagi pelepasan gas rumah hijau.
Setiap tahun, China menghasilkan sejumlah 40 juta tan sisa makanan – berat bersamaan dengan 110 buah Empire State Buildings. Namun, terselitnya sebab-sebab kebudayaan di sebalik isu ini, kata Wang.
“Apabila anda menjemput seseorang untuk makan di sesebuah restoran, anda perlu memesan hidangan yang banyak daripada yang diperlukan, untuk menunjukkan keramahan anda. Tidak dapat tidak, lebihan itu akan dibuang,” katanya.
Tetapi ‘lalat askar hitam’ berfungsi lebih daripada sekadar menghapuskan sisa-sisa makanan yang dibazirkan. Apabila ianya menggemuk, beberapa larva ini akan dijual sama ada masih hidup atau sudah dikeringkan, sebagai bahan makanan kepada haiwan-haiwan tertentu seperti ayam, ikan dan juga penyu. Ia memberikan satu komposisi yang berkhasiat: 63 peratus protein dan 36 peratus lemak.
Ulat berengga ini boleh menjana protein dan lemak walaupun dalam bentuk sisa, kemudian nutrien tersebut akan dapat dikembalikan dalam kitaran makanan manusia melalui ternakan. Najis larva ini juga boleh digunakan sebagai baja organik dalam pertanian.
China, Kanada, Australia, dan Afrika Selatan adalah antara negara di mana pemberian makanan kepada ayam dan ikan dengan serangga adalah suatu undang-undang.
“Ianya semakin dikawal ketat di Amerika Syarikat dan di Kesatuan Eropah,” kata Christophe Derrien, Setiausaha Agung bagi International Platform of Insects for Food and Feed, sebuah badan tidak meraih keuntungan yang mewakili sektor pengeluaran serangga di Eropah.
EU akan membenarkan protein serangga sebagai pemakanan haiwan di ladang-ladang ikan pada bulan Julai nanti, kata Derrien.
“Ia merupakan satu langkah pertama yang menggalakkan kerana EU sedang membukakan peluang ini seluas-luasnya,” katanya.
Kitar semula sisa makanan boleh memberi faedah kepada ekonomi, begitu juga dari segi alam sekitar. Hu telah menjana kehidupan yang selesa dengan menjual larva dan baja daripada ‘lalat askar hitam’.
Dengan mengambil kira kos (elektrik, tenaga kerja, kos penghantaran, dan harga sisa), beliau dapat menghasilkan keuntungan tahunan antara 200,000 dan 300,000 yuan (AS$29,000 sehingga AS$43,500) – satu jumlah wang yang sangat besar di China.
Tidak hairanlah, bahawa ladang ‘lalat askar hitam’ telah berkembang dan berleluasa di seluruh China sejak kawasan ladang pertamanya muncul di negara itu pada tiga tahun lalu.
“Tahun ini, kami menjangka untuk membuka tiga atau empat tapak baru di sekitar Chengdu,” kata Wang.
“Idea ini adalah untuk mengubah sisa pepejal kepada bahan-bahan yang lebih berguna.”
Sisa makanan adalah bukan satu-satunya masalah yang mendapat peluang kedua di China. Firma tenaga cina, Sinopec, merancang untuk membina sebuah kilang di wilayah timur Zhejiang untuk menjadikan minyak masak – yang mana digunakan semula secara haram di restoran-restoran – kepada biobahan api bagi kegunaan pesawat penumpang. – AFP