LINXIA, ??China – Masjid-masjid berkubah hijau masih mendominasi persekitaran ‘Mekah Kecil’ di China, namun ia telah mengalami perubahan besar, di mana kanak-kanak lelaki tidak lagi dilihat berkeliaran di halaman batunya semasa menuju ke kelas-kelas mahupun melakukan ibadat.
Apa yang diberitahu oleh penduduk setempat kepada AFP bahawa mereka merasa takut mengenai langkah-langkah yang disengajakan untuk membasmi Islam. Pihak ateis yang memerintah, Parti Komunis telah mengharamkan kanak-kanak berusia 16 tahun dari melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mahupun pembelajaran mereka di Linxia, sebuah wilayah yang mempunyai penduduk Islam yang ramai di barat China, yang menawarkan tempat kebebasan beragama untuk kaum etnik Islam Hui di sana.
China juga menguasai Xin-jiang, satu lagi wilayah penduduk Islam yang jauh di barat, dengan mengenakan beberapa hukuman dan tegahan yang mana dikenali sebagai ‘fahaman agama melampau’ dan ‘fahaman pemisahan’ berikutan isu berani mati, mengakibatkan etnik Uighur menuju ke lembah kem pendidikan semula yang kelam tanpa proses-proses sewajarnya seperti kesalahan memiliki Al-Quran atau bahkan menumbuhkan janggut.
Kini, kaum Muslim Hui merasa takut terhadap pengawasan dan penindasan yang sama.
“Angin telah beralih arah pada tahun-tahun lalu,” jelas seorang imam kanan yang tidak mahu namanya disiarkan, sambil menambah, “Terus terang, saya sangat takut mereka akan melaksanakan modal Xinjiang di sini.”


Pihak berkuasa setempat telah mengurangkan jumlah pelajar yang berusia 16 tahun ke atas, yang secara rasminya mengikuti pembelajaran pada setiap masjid dan proses pensijilan juga dihadkan untuk imam baharu.
Mereka juga telah mengarahkan masjid-masjid untuk memaparkan bendera negara dan berhenti melaungkan azan dengan pembesar suara bagi mengurangkan ‘pencemaran bunyi’, di mana pembesar suara ditanggalkan sepenuhnya dari kesemua 355 masjid di daerah kejiranan.
“Mereka mahu mensekularkan umat Islam, membasmi Islam dari akarnya,” kata imam berkenaan sambil merasa sedih. “Pada masa ini, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mempercayai agama: hanya dalam komunisme dan pesta-pesta.”
Dahulunya, lebih 1,000 kanak-kanak lelaki mengunjungi masjid bersaiz sederhana untuk mempelajari ilmu-ilmu asas Al-Quran pada musim panas dan sejuk tetapi kini mereka telah dilarang, walaupun hanya memasuki premis tersebut.
Bilik-bilik kelasnya masih dipenuhi dengan buku-buku berbahasa Arab dari Arab Saudi, berwarna coklat dimamah usia. Namun kini hanya 20 murid berdaftar berusia lebih dari 16 tahun dibenarkan untuk menggunakannya.
Pihak ibu bapa diberitahu bahawa tegahan mempelajari kokurikulum Al-Quran adalah untuk kebaikan anak-anak mereka, jadi mereka boleh berehat dan fokus kepada kursus kuliah sekular. Tetapi kebanyakan mereka merasa panik.
“Kami takut, sangat takut. Jika ianya berlarutan seperti ini, selepas generasi satu atau kedua, tradisi kami akan pupus,” kata Ma Lan, seorang penjaga berusia 45 tahun, sambil menitiskan air mata di hadapan supnya yang tidak dijamah.
Pegawai pemeriksa telah memeriksa masjid setempat setiap beberapa hari semasa cuti sekolah terakhir untuk memastikan bahawa tiada seorang pun daripada kira-kira 70 orang kanak-kanak hadir ke sana.
Imam mereka cuba mengadakan pengajaran secara sembunyi-sembunyi sebelum matahari terbit, namun akhirnya berputus asa kerana takut akan akibatnya.
Daripada belajar lima jam sehari di masjid, anak lelakinya berusia 10 tahun itu tinggal di rumah dengan menonton televisyen. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang imam, namun guru sekolahnya telah mendorongnya untuk mencari mendapatkan wang dan menjadi kader Komunis, katanya.
Jumlah minoriti Hui adalah hampir 10 juta, separuh daripada penduduk Islam negara itu, menurut statistik kerajaan pada tahun 2012.
Di Linxia, ??mereka dari segi sejarahnya telah berintegrasi dengan majoriti etnik Han, mampu menyatakan kesetiaan dan pusat kehidupan mereka secara terang-terangan melalui kekuatan iman mereka.
Wanita berhijab kelihatan merebus kambing di salah sebuah restoran halal sambil kaum lelaki memakai songkok putih terlihat memasuki masjid untuk menunaikan solat petang, melintasi kedai-kedai menjual permaidani, kemenyan dan teh ‘eight treasure tea,’ salah satu keistimewaan dan kepakaran penduduk setempat, termasuklah kurma dan tunas bunga kekwa kering.


Tetapi pada bulan Januari lalu, pegawai-pegawai setempat telah menandatangani dekri , yang diperoleh AFP, berjanji untuk memastikan tidak ada individu atau organisasi yang akan ‘menyokong, membenarkan, menganjurkan atau membimbing orang dewasa untuk memasuki masjid bagi mempelajari Al-Quran ataupun aktiviti-aktiviti keagamaan,” atau mendorong mereka kepada kepercayaan keagamaan.
Kesemua imam-imam yang berada di sana harus mematuhinya secara bertulis dan jika salah seorangnya enggan, mereka akan menerima padah dari pihak berkuasa dan dimalukan oleh rakan sekerja, di mana sejak itu menjauhinya.
“Saya tidak boleh bertindak bertentangan dengan kepercayaan saya. Islam memerlukan ilmu pendidikan dari peringkat buaian sehinggalah ke liang lahad. Sebaik sahaja kanak-kanak dapat bercakap, kita harus mula mendidik mereka mengenai kepercayaan dan kebenaran kami,” jelasnya kepada AFP.
“Rasanya kita sepertinya bergerak ke arah penindasan Revolusi Kebudayaan secara perlahan-lahan,” sebuah pembersihan etnik di seluruh negara itu dari tahun 1966 hingga 1976, apabila masjid-masjid tempatan dirosakkan atau dijadikan sebagai gudang keldai, katanya.
Imam-imam lain turut mengadu bahawa pihak berkuasa telah mengurangkan pengeluaran sijil-sijil yang diperlukan bagi tujuan pengamalan atau pengajaran. Dan kini hanya graduan-graduan daripada institusi yang diberi kuasa boleh melakukan itu.
“Buat masa ini, jumlah kami adalah mencukupi, namun saya takut mengenai masa hadapan. Sekalipun masih ada pelajar, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengajar mereka,” kata salah seorang imam.
Pihak berkuasa tempatan gagal menjawab panggilan berulang daripada AFP untuk mendapatkan sebarang komen, namun penggantungan pemuda-pemuda Linxia telah muncul ketika China menggubal Peraturan Hal Ehwal Agama yang baru disemak.
Peraturan-peraturan dan hukuman telah diperketatkan bagi sebarang aktiviti keagamaan yang tidak dipersetujui pada semua agama dan juga wilayah.
Beijing menyasarkan kanak-kanak bawah umur “sebagai cara untuk memastikan bahawa tradisi kepercayaan dilemahkan, sementara mengekalkan kawalan kerajaan terhadap hal ehwal ideologi,” kata seorang penyelidik China, William Nee di Amnesty International.
Seorang lagi imam berkata bahawa keadaan tegang di Xinjiang telah berada pada akar perubahan Linxia. Kerajaan percaya bahawa “kewarakan agama telah membela fanatisisme, melancarkan fahaman melampau, yang telah membawa kepada tindakan pengganas, jadi mereka mahu mensekularkan kami,” jelasnya.
Tetapi kebanyakan Hui telah membezakan diri mereka dengan Uighur.
“Mereka juga mempercayai Islam, tetapi mereka berlaku ganas dan sering menumpahkan darah. Kami tidak seperti itu,” kata pendandan rambut Ma Jiancai, 40. – AFP