Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umat Islam di Malaysia, Singapura sambut Aidilfitri

    MALAYSIA/SINGAPURA, 30 MAC – Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

    Di Malaysia, pengumuman 1 Syawal telah dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

    “Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac,” katanya.

    Manakala, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir pula telah mengumumkan umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac).

    Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini. “Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kiraan imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

    “Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan awal bulan Syawal tahun 1446H jatuh pada 31 Mac,” katanya. – Bernama

    : Petugas Jabatan Mufti Selangor mencerap anak bulan bagi menentukan bulan Syawal di Balai Cerap Bukit Jugra hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda