Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umat Islam dilarang sambut perayaan agama lain babitkan kepercayaan, akidah

    PUTRAJAYA, 7 JUN – Umat Islam dilarang menyambut sebarang sambutan perayaan agama lain yang membabitkan kepercayaan dan akidah, kata Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Muhammad Najhan Shahir Halim.

    Beliau berkata larangan itu berdasarkan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW serta lima prinsip maqasid syariah yang antaranya adalah menjaga agama, menjaga nyawa serta menjaga akal.

    “Mana-mana upacara sambutan perayaan agama lain yang melibatkan urusan kepercayaan dan akidah, maka tidak harus bagi umat Islam menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan.

    “Ia termasuk perkara yang boleh menggugat keimanan seseorang Muslim dan umat Islam juga dilarang menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari akidah dan syariat,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini berhubung festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), pada 16 Julai ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda