Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umat Islam zahir kecintaan terhadap Rasulullah dalam norma baharu

    KUALA LUMPUR 29 OKT – Umat Islam hari ini menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW menerusi pelbagai program yang diadakan dalam situasi norma baharu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M.

    Berbeza dengan sambutan sebelum ini yang menyaksikan perarakan ribuan umat Islam diadakan di seluruh negara, namun tahun ini, sambutan tertumpu kepada penganjuran program secara maya dan jika diadakan di masjid, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan diutamakan.

    Bagi memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif mengadakan program ‘Semarak Cinta Rasul’ yang disiarkan secara langsung di TV1 dan Facebook Jakim, bermula semalam sehingga hari ini.

    Antara pengisian program hari ini termasuk rancangan Musical talkshow  ‘Kasih Junjungan’ yang bersiaran pada 10.30 pagi tadi dan Forum Perdana Ehwal Islam khas sempena Sambutan Maulidur Rasul yang dijadualkan pada 9 malam ini.

    Semalam, beberapa acara turut diadakan seperti bacaan Al-Quran, tayangan video khas Ibrah (pengajaran) bertajuk ‘Muhammad’ dan tausiyah (dakwah) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda