Sunday, September 22, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umerov dilantik Menteri Pertahanan baharu

    KYIV, 6 SEPT – Parlimen Ukraine hari ini meluluskan pencalonan Presiden Volodymyr Zelensky, Rustem Umerov, seorang Crimean Tatar, sebagai Menteri Pertahanan baharu Kyiv selepas peletakan jawatan Oleksiy Reznikov.

    Pelantikan individu berusia 41 tahun itu menandakan perubahan ketara bagi penubuhan tentera Kiev setahun setengah ke dalam pencerobohan Rusia.

    “Parlimen meluluskan Rustem Umerov sebagai Menteri Pertahanan Ukraine,” kata Ahli Parlimen kanan, Yaroslav Zheleznyak di media sosial.

    Beliau menyiarkan gambar lembaga pengundian, menunjukkan 338 daripada 360 ahli parlimen mengundi untuk pencalonan Umerov. – AFP

    Umerov bercakap di Parlimen Ukraine semasa mengundi untuk pencalonannya sebagai Menteri Pertahanan Ukraine di Kyiv kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda