Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umie Aida nasihatkan tak perlu campur urusan Fattah, Fazura

    Pelakon Datin Seri Umie Aida menasihati orang ramai agar tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura

    Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, turut memesan peminat supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen menyebelahi mana-mana pihak. Sebaliknya, Umie berkata adalah lebih baik jika mereka sekadar mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

    “Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui. Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya. Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka. Tak perlu nak team A atau team B, sayang Fazura dan Fattah,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok pada Sabtu.

    Menjengah ruangan komen, rata-rata wargnet bersetuju dengan pandangan Umie dan berharap ada jalan terbaik buat rumah tangga Fattah dan Fazura.

    “Betul. Tak perlu nak team mana-mana. Doakan yang terbaik buat mereka; Semoga Fazura dan Fattah dapat lepasi ujian rumah tangga ini dgn baik; Semoga terus kekal hingga jannah; Semoga mereka tak jadi berpisah; Kekal bahagia sebagai suami isteri bersama Fatimah,” antara tulisan warganet.

    Pada Jumaat lalu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

    Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

    Untuk rekod, Fazura dan Fattah, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. – Agensi

    Umie mohon peminat cukup doakan yang baik-baik buat Fattah dan Fazura. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda