PETALING JAYA – Pelakon Ummi Nazeera mengumumkan bakal diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Dr Izzar pada 3 Ogos depan.
Ummi, 27, membuat pengumuman itu secara langsung menerusi Facebook miliknya berkata, majlis berkenaan akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
“InsyaAllah dengan izin Allah, majlis ijab dan kabul kami akan diadakan pada 3 Ogos 2017 bersamaan 10 Zulkaedah 1438 Hijrah.
“Doakan semua urusan saya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ummi berkata, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Ogos di Hotel Shangri-La.

Manakala, bagi majlis resepsi kedua akan diadakan pada 12 Ogos depan.
Tambah Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, kad jemputan akan mula diedarkan pada Jun depan.
“Kelaurga dan kawan-kawan saya ramai, jadi saya akan buat dua majlis agar semua sahabat-sahabat kami dapat datang sama-sama meraikan hari bahagia kami,” ujarnya.
Terdahulu, Ummi mengikat tali pertunangan dengan individu yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Izzar, 30, pada 11 Disember tahun lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.