Saturday, March 22, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Umrah dibenar mula 8 Februari

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Kabinet Malaysia hari ini memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Januari lepas susulan penularan jangkitan Omicron.

    “Baru tadi kami (Kabinet) sudah membuat keputusan…kita tidak mahu memanjangkannya lagi, jadi apabila 8 Februari ini nanti, bolehlah ejen-ejen pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah masing-masing,” katanya kepada media ketika mengulas perkembangan perjalanan umrah selepas Majlis Pelancaran Video Kempen Dream Malaysia, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda