Monday, January 6, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UMS, LJ Resources Enterprise kukuh kerjasama strategik

    LABUAN, 16 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan LJ Resources Enterprise yang berpangkalan di Labuan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kelmarin, menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam perkongsian strategik antara kedua-dua entiti itu.

    Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur berkata MoU itu menggalakkan kerjasama antara UMS dan LJ Resources dalam beberapa bidang utama.

    Beliau berkata kerjasama itu termasuk penyelidikan, penerbitan, perundingan dan projek komuniti untuk meningkatkan pengetahuan, penganjuran program latihan untuk memajukan kemahiran profesional, serta perkongsian data dan bahan untuk tujuan akademik dan penyelidikan.

    “Selain itu, LJ Resources Enterprise dijangka menyediakan peluang latihan praktikal kepada pelajar UMS, manakala UMS akan menawarkan peluang pengajian lanjutan kepada kakitangan LJ Resources bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Bangunan UMS Kota Kinabalu hari ini.

    Pengasas LJ Resources Enterprise Joanita Joseph berkata LJ Resources menyediakan pelbagai perkhidmatan latihan profesional di Labuan dan MoU itu menggambarkan komitmen kolektif kedua-dua pihak untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri.

    “Melalui inisiatif penyelidikan bersama, persidangan kolaboratif dan sesi latihan praktikal, kami menyasarkan untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk kekal relevan dengan keperluan industri,” katanya.

    Beliau berkata gabungan LJ Resources Enterprise dengan Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Labuan (LOSHPA) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS Labuan), ditambah dengan reputasi akademik UMS, akan mewujudkan platform yang kukuh untuk penglibatan industri yang lebih luas dan jangkauan komuniti. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda