Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    UMS, Neurogine lancar hab bakat teknologi Labuan

    LABUAN, 10 JUN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Neurogine Sdn Bhd melancarkan Hab Bakat Teknologi UMS 2024 (UMS T2H 2024) untuk membangun, mengekalkan dan menarik bakat ke Labuan.

    Inisiatif itu bertujuan untuk mengenal pasti, membangun dan menarik bakat dalam teknologi, pemasaran dan kewangan dan menangani tanggungjawab sosial yang lebih luas untuk memulihkan ketandusan modal insan di Labuan.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Owen Chen Chee Onn berkata Neurogine, salah satu syarikat teknologi terkemuka Malaysia, komited untuk memupuk pemimpin masa depan dalam bidang teknologi, kewangan dan pemasaran.

    “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada UMS T2H 2024 dan sebagai penaja utama,” katanya di majlis pelancaran hab itu di Kolej Antarabangsa Labuan UMS hari ini.

    Acara itu dianjurkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan UMS dengan kerjasama Fakulti Pengkomputeran dan Informatik, dan Neurogine.

    “Ia akan membantu mewujudkan pekerjaan dan bertindak balas terhadap permintaan bakat di Labuan untuk perbankan digital, penasihat robo, bursa aset maya dan token blockchain kewangan Islam.

    “Neurogine berada di barisan hadapan dalam inovasi, perintis tokenisasi pembayaran dan penyelesaian blockchain kewangan sejak 2020,” katanya. – Bernama

    Owen Chen Chee Onn (tengah) selepas menandatangani Surat Penajaan pada Majlis Pelancaran UMS T2H 2024 di UMS Kampus Antarabagsa Labuan (UMSKAL). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...