PARIS, 3 JAN – Kerajaan Perancis sedang bersedia untuk mempamerkan fleksibiliti berkenaan rancangan oleh presiden, Emmanuel Macron untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun, kata perdana menteri kelmarin sebelum bertemu dengan kesatuan sekerja.
“Umur 65 tahun boleh diubah,” kata perdana menteri, Elisabeth Borne kepada radio FranceInfo, sambil menambah bahawa penyelesaian lain boleh membantu pihak kerajaan mencapai sasaran untuk mengimbangi sistem pencen menjelang 2030.
Beliau berkata rancangan tersebut, merupakan dasar domestik perdana dalam mandat presiden kedua oleh Macron, akan dibentangkan ke kabinet pada 23 Januari sebelum dibahaskan dalam parlimen pada awal Februari, tambahnya.
Maklumat penuh rancangan tersebut akan didedahkan pada 10 Januari. – AFP


