Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNA, MWL tandatangan memorandum tingkat kesedaran hak kanak-kanak perempuan

    ISLAMABAD, 13 JAN – Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA) dan Liga Dunia Islam (MWL) telah menandatangani memorandum kerjasama pada Ahad, bertujuan melancarkan kempen media bagi meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, lapor UNA.

    Memorandum itu juga antara lain bertujuan untuk menyelaraskan usaha antara kedua pihak dalam mengukuhkan tindakan bersama antara agensi-agensi berita dan saluran media di negara-negara Islam mengenai isu berkenaan.

    Majlis menandatangani memorandum itu berlangsung semasa persidangan global bertajuk “Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dalam Komuniti Muslim: Cabaran dan Peluang,” yang dianjurkan oleh kerajaan Pakistan dan diselaraskan oleh MWL di Islamabad, dengan penyertaan luas daripada organisasi serantau dan antarabangsa.

    UNA diwakili Ketua Pengarahnya Mohammed Abdul Rabbo Al-Yami, manakala MWL diwakili oleh Kaunselor Abdul Karim Bakhsh. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda