BIRMINGHAM, 28 MEI – Unai Emery menandatangani kontrak baharu dengan Aston Villa, kelmarin, yang mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris itu sehingga 2029.
Emery mengambil alih tugas pada Oktober 2022 dengan Villa hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.
Musim ini, beliau membimbing kelab itu ke tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara.
“Saya sangat gembira untuk mengambil langkah ini dan tanggungjawab memimpin kelab ini,” kata Emery.
“Terdapat ‘chemistry’ yang hebat dalam Aston Villa. Dan elemen sokongan peminat juga membuat perbezaan untuk berasa seperti di rumah sendiri. Kami benar-benar teruja untuk meneruskan perjalanan ini tanpa had kepada impian kami.”
Pengerusi Villa, Nassef Sawiris berkata kelab itu “membina sesuatu yang istimewa … dengan Unai sebagai terasnya.” – AP