Tuesday, February 25, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undang-undang diskriminasi ditolak

    JAKARTA, 8 Nov – Mahkamah tinggi Indonesia membatalkan undang-undang yang menolak pengiktirafan dan hak undang-undang kepada para pengikut kepercayaan penduduk asli, dalam langkah mengejutkan bagi kebebasan agama di negara di dunia yang paling ramai penduduk Islam.

    Mahkamah Perlembagaan sebulat suara semalam dari panel sembilan hakim menyatakan fasal dalam Undang-Undang Pentadbiran Awam adalah berdiskriminasi dan mencabuli prinsip kesamaan undang-undang.

    “Fasal-fasal ini tidak terikat dari segi undang-undang kerana ia menyangkal perlembagaan 1945,” Ketua Hakim Arief Hidayat memberitahu mahkamah.

    Perintah itu adalah kemenangan yang tidak dijangkakan bagi pihak bersederhana pada ketika pihak konservatif memperlihatkan pengaruh politik yang meningkat dan menjejaskan reputasi toleransi negara.

    Fasal berdiskriminasi, yang dibentuk sejak 2006, memerlukan para pengikut kepercayaan bukan kalangan enam yang diperakui kerajaan, untuk menyenaraikan salah satu agama rasmi pada kad pengenalan kebangsaan mereka atau tidak diberikan hak asas seperti pendaftaran perkahwinan dan geran tanah.

    Mereka juga mempunyai pilihan membiarkan kosong kategori agama tetapi itu akan berisiko dituduh ateis, satu kesalahan di bawah undang-undang menghina agama, menurut Andreas Harsono, seorang penyelidik Indonesia bagi Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

    Perintah itu yang disiarkan di laman sesawang mahkamah mengatakan undang-undang itu mengakibatkan ketidakadilan kepada para pengikut agama asli. Kesukaran mendapatkan kad pengenalan kebangsaan bererti sebilangan mereka tidak dihalang mendapat pendidikan, penggunaan sistem keadilan dan hak-hak lain,” menurutnya lagi.

    Harsono berkata perintah itu akan melindungi penyokong-penyokong agama penduduk asli dari didakwa di bawah undang-undang menghina agama Indonesia tetapi ia tidak membantu orang Islam Syiah dan Ahmadiyah yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan kad pengenalan kebangsaan.

    Mahkamah Perlembagaan bersetuju untuk mendengar cabaran kepada Undang-Undang Pentadbiran Awam 2013, pindaan paling terbaru kepada undang-undang yang mengekalkan fasal berdiskriminasi selepas dirayu oleh empat orang yang mengatakan mereka dalam keadaan tidak beruntung olehnya.

    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan perintah mahkamah adalah muktamad dan terikat. Menurutnya ia akan mencadangkan kajian ke atas akta itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda