BAITULMAQDIS, 30 SEPT – Parlimen Israel pada hari inimeluluskan undang-undang yang membolehkan pemerintah mengehadkan tunjuk perasaan awam semasa sekatan pergerakan di seluruh negara, lapor agensi berita Xinhua.
Undang-undang kontroversi tersebut membolehkan kerajaan untuk mengumumkan darurat selama seminggu, yang mungkin mengurangkan penyertaan dalam tunjuk perasaan yang hanya boleh disertai sehingga pada jarak satu kilometer daripada tempat tinggal peserta.
Undang-undang baharu itu dilihat secara meluas sebagai langkah untuk menghentikan demonstrasi mingguan di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis. – Bernama