BEIJING, 1 JULAI – Undang-undang keselamatan nasional yang diluluskan China baru-baru ini akan dapat menghalang pengaruh asing untuk mencampuri hal ehwal Hong Kong, kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Zhang Xiaoming, lapor agensi berita Sputnik. Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Selasa meluluskan undang-undang itu, berkuat kuasa pada hari yang sama.