Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undang-undang lapuk, kerenah birokrasi jejas kebebasan media perlu dikaji semula

    KUCHING, 31 JULAI – Undang-undang lapuk dan kerenah birokrasi bagi mendapatkan maklumat di negara ini perlu dikaji semula bagi membolehkan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat dan memperkasa kebebasan media dalam negara dapat dicapai, kata beberapa pemimpin persatuan wartawan di Sarawak.   

    Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel Sarawak, Alice Wee berkata kebebasan media akan memberi ruang kepada wartawan untuk lebih gigih dan komited dalam penghasilan laporan, khususnya dalam pelaporan berbentuk penyiasatan.

    “Jika dahulu akses kepada maklumat itu terhad, sekarang dengan impak teknologi seperti google dan media sosial, kini wujud tekanan tertentu untuk kebebasan maklumat, namun maklumat itu perlu diperlu diperoleh dengan penuh waspada,” katanya kepada Bernama.

    Sementara itu Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo Teck Wei berkata usaha pengamal media untuk mendapatkan maklumat tepat dan cepat berhubung dasar atau program kerajaan biasanya menjadi sukar, dengan alasan yang diberikan adalah berkaitan prosedur. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda