Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undang-undang Nepal benarkan pengampunan jenayah perang

    KATHMANDU, 25 OKT – Peguam hak asasi menegaskan kelmarin undang-undang yang baru dipinda di Nepal untuk membendung jenayah yang berlaku selama beberapa tahun semasa perang saudara, mungkin melucutkan hak keadilan mangsa dan memberikan pengampunan kepada pesalah.

    Kedua-dua tentera kerajaan dan bekas pemberontak telah dituduh melakukan penyeksaan, pembunuhan, rogol dan penahanan semasa pemberontakan Maois Nepal.

    Konflik itu berakhir pada 2006 dengan perjanjian damai yang membawa pemberontak menyertai kerajaan dan menjanjikan keadilan untuk mangsa, termasuk lebih 16,000 mati dan kira-kira 1,000 lagi hilang.

    Dua suruhanjaya keadilan peralihan Nepal mula beroperasi pada 2015, tetapi gagal menyelesaikan satu kes, walaupun menerima lebih 60,000 aduan pembunuhan, penyeksaan dan kehilangan mangsa yang tidak dapat dijelaskan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda