Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undian calon ketua Kampung Ukong 9 April ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Penduduk Kampung Ukong yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur tidak kurang 18 tahun diseru hadir ke Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Ukong pada 9 April ini di Dewan Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Kampung Ukong.

    Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), dalam kenyataannya, di sini, hari ini menyatakan bahawa majlis berkenaan akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi bagi penduduk Kampung Ukong di mana mereka hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing pada majlis itu.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa bagi tujuan itu, penduduk Kampung Ukong hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai pengundi kepada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong pada waktu bekerja bermula 27 Mac hingga 1 April dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 4:30 petang.

    Untuk makluman, tambah kenyataan, calon yang akan dibawa ke majlis pengundian dan pemilihan calon ketua Kampung Ukong ialah Awang Muhammad Hakimi bin Abdullah Gampar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda