Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Undian cari burung paling popular

    WELLINGTON, 30 JULAI – Lima spesies pupus telah dimasukkan dalam undian untuk mencari burung paling popular di New Zealand yang diharapkan penganjur pertandingan dapat menarik perhatian kepada burung terancam.

    Pertandingan kecantikan burung tahunan New Zealand terbukti amat dipertikaikan selama ini.

    Kakapo, burung kakak tua yang gempal menyerupai bola boling berbulu hijau yang tidak boleh terbang, tidak dapat bertanding dalam pertandingan burung tahun lepas.

    Bekas pemenang dua kali itu digugurkan daripada undian 2022 oleh penganjur untuk membantu spesies yang kurang popular peluang merebut gelaran itu.

    Timbulnya kekecohan apabila kelawar asli dibenarkan bertanding dan seterusnya memenangi gelaran pada pertandingan 2021.

    Gambar Freepik

    Tahun ini, penganjur pertandingan iaitu Forest & Bird akan meraikan ulang tahun yang ke-100 dengan menobatkan burung paling popular di New Zealand dalam tempoh 100 tahun yang lalu – walaupun sekiranya calon pemenang berpotensi tidak lagi wujud.

    “Kami sedang mencari burung yang dapat menawan hati penduduk New Zealand sejak abad lalu,” kata ketua eksekutif Forest & Bird, Nicola Toki pada pelancaran semalam.

    Kumpulan alam sekitar telah meletakkan sebanyak 75 spesies untuk peraduan Bird of the Century tahun ini, yang mana satu perempat daripada dipercayai telah pupus di New Zealand.

    Undian dibuka pada akhir Oktober dan ditutup pada 12 November dengan pemenang diumumkan pada hari berikutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...