LONDON, 29 Mac – Ahli-ahli Perlimen dijangka mengundi kali ketiga pada hari ini berhubung perjanjian Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May, yang mungkin mengakhiri krisis politik selama beberapa bulan atau menghadapi risiko Britain disingkirkan daripada EU dalam dua minggu.
Parlimen telah dua kali menolak perjanjian pengeluaran May, dua kali dengan margin besar, tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai mana-mana alternatif dan masa sudah suntuk.
Pengundian utama diadakan pada hari Britain sepatutnya meninggalkan Kesatuan Eropah, sehingga May pada minggu lalu meminta pemimpin blok supaya memberinya lebih banyak masa.
Dalam usaha saat-saat terakhir untuk mendapatkan sokongan rakan sekerja Konservatif, beliau berjanji pada Rabu akan meletak jawatan sekiranya perjanjian diluluskan.
Beliau merayu kepada penyokong Brexit supaya menyokong beliau, berkata di bawah pelan penangguhan yang dirancang bersama Brussels,kelulusan pada hari ini mungkin melihat Britain keluar dari blok pada 22 Mei.
Namun sekiranya perjanjian menemui kegagalan sekali lagi, beliau mesti mengemukakan satu pelan baru pada 12 April – dengan opsyen termasuk Brexit ‘tanpa perjanjian’, atau penangguhan lama. – AFP
