AUCKLAND, 13 MEI – Undian bola sepak Piala Dunia Wanita 2023, yang dianjurkan bersama oleh Australia dan New Zealand, akan berlangsung di Auckland pada 22 Oktober tahun ini, kata FIFA hari ini.
Bagi edisi kesembilan Piala Dunia Wanita kali ini, pertandingan telah ditambah kepada 32 pasukan.
Kejohanan itu akan bermula pada 20 Julai tahun depan dan New Zealand akan bermain bagi perlawanan pembukaan.
“Persiapan sedang dijalankan di Australia dan New Zealand untuk mengalu-alukan acara sukan tunggal wanita terbesar di dunia,” kata Fatma Samoura, setiausaha agung FIFA.
Kejohanan selama sebulan itu akan berlangsung di lima bandar raya Australia dan empat bandar New Zealand. Negara tuan rumah akan layak secara langsung.
China, Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam dari Asia telah mendapat kelayakan, bersama-sama pasukan Eropah Perancis, Sepanyol, Sweden dan Denmark.
Amerika Syarikat pula pernah memenangi edisi 2019 di Perancis. – AFP
