Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Undian referendum Ukraine bermula

    ANKARA, 23 SEPT – Pengundian bagi referendum di empat wilayah Ukraine, bermula hari ini, lapor agensi Anadolu.

    Pengundian berjalan dari hari ini hingga Selasa di Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia, bagi memberi peluang kepada penduduk untuk memilih sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada Rusia.

    Undian dibuka dari 8 pagi (0500GMT) hingga 4 petang (1300GMT) di Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson, manakala waktu pengundian di Donetsk ditutup pada 8 malam (1700GMT).

    Atas sebab keselamatan, pengundian secara peribadi hanya dibenarkan pada hari terakhir, 27 September, manakala pada hari-hari lain, undian dijalankan dalam komuniti serta dari pintu ke pintu, menurut laporan media tempatan

    Luhansk dan Donetsk yang dikawal oleh puak pemisah, serta Kherson dan Zaporizhzhia, sebahagiannya dalam kawalan Rusia, mengumumkan mengenai referendum penuh kontroversi itu awal bulan ini.

    Keputusan itu dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa, dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai referendum ‘palsu’ dan mengumumkan bahawa hasil undian itu tidak akan diiktiraf. – Bernama

    Seorang wanita membuang undi semasa referendum di pusat mengundi bergerak di Mariupol.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...