Friday, March 21, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undian untuk PM baharu Thai ditangguh

    BANGKOK, 25 JULAI – Parlimen Thailand hari ini menangguhkan undian bagi memilih perdana menteri baharu, melanjutkan kebuntuan politik kerajaan itu lebih dua bulan selepas pilihan raya yang dimenangi oleh parti pembangkang.

    Calon reformis, Pita Limjaroenrat, yang partinya memenangi pilihan raya, gagal untuk mendapatkan undian yang mencukupi dalam persidangan parlimen pertama untuk memilih perdana menteri pada 13 Julai – dihalang oleh senator tentera dan pro-diraja.

    Dia telah dinafikan bagi undian kedua pada 19 Julai, tetapi keputusan itu kini dicabar di Mahkamah Perlembagaan.

    Speaker parlimen, Wan Muhamad Noor Matha berkata undian baharu bagi perdana menteri, dijadualkan pada Khamis, terpaksa menunggu keputusan mahkamah.

    “Kami terpaksa membatalkan kerana Ombudsman akan menghantar kes ini ke Mahkamah Perlembagaan,” Wan memberitahu wartawan.

    Pembantah pro-demokrasi memegang gambar pemimpin MFP semasa demonstrasi di Bangkok 23 Julai lalu.- AFP

    “Jika kami meneruskan persidangan pada 27 Julai, sebelum mahkamah memutuskan, ia mungkin akan mencetuskan masalah.”

    Parti Move Forward (MFP) pimpinan Pita menerima sokongan daripada golongan muda dan penduduk bandar yang menginginkan perubahan dan mencatatkan kemenangan mengejut semasa pilihan raya pada Mei lalu.

    Tetapi janji mereka semasa kempen untuk pembaharuan undang-undang fitnah kerajaan yang ketat dan monopoli telah menimbulkan tentangan sengit daripada parti konservatif.

    “Saya mengambil maklum mengenai penangguhan persidangan parlimen,” Pita memberitahu wartawan.

    “Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan.”

    Tidak lama sebelum undian kedua, Pita telah digantung sebagai ahli parlimen disebabkan oleh kes pemilikan saham media, yang dilarang bagi penggubal undang-undang di bawah undang-undang Thailand. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda