Monday, July 8, 2024
33.1 C
Brunei

    -

    UNESCO cadang Stonehenge tapak warisan terancam

    PARIS, 25 JUN – Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) semalam mencadangkan Stonehenge disenaraikan warisan dunia terancam.

    Tindakan ke atas tapak prasejarah terkemuka di England itu antara lain mungkin dianggap memalukan bagi London.

    Penyenaraian sebagai warisan terancam UNESCO dianggap sebagai penghinaan oleh beberapa negara.

    Ia menjadi tumpuan UNESCO susulan rancangan kerajaan British membina terowong berhampiran tapak yang diwartakan sebagai warisan dunia sejak 1986 itu.

    Jawatankuasa Warisan Dunia dalam keputusan bertulis yang dilihat oleh AFP, mencadangkan Stonehenge disenaraikan sebagai warisan terancam UNESCO, bertujuan ‘menggerakkan sokongan antarabangsa’.

    Pegawai polis mengawal ketika orang ramai bersuka ria meraikan matahari terbit di Stonehenge, pada 21 Jun. – AFP

    Ia perlu diputuskan menerusi undian negara anggota Jawatankuasa Warisan Dunia pada mesyuarat di New Delhi bulan depan dengan seorang diplomat berkata cadangan itu mungkin diluluskan.

    Beliau menegaskan, London sudah memutuskan untuk meluluskan projek itu biarpun ada amaran berulang daripada Jawatankuasa Warisan Dunia sejak 2017.

    Kerajaan British pada Julai lalu meluluskan pembinaan terowong bernilai AS$2.2 bilion berhampiran Stonehenge, walaupun terdapat usaha menghentikan projek itu.

    Diplomat itu menegaskan bahawa London telah memutuskan untuk meluluskan projek itu ‘walaupun amaran berulang daripada Jawatankuasa Warisan Dunia sejak 2017.’

    Terowong itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama sedia ada ke barat daya England, terutama ketika musim percutian.

    Pakar telah memberi amaran tentang ‘kerosakan yang kekal dan tidak dapat dipulihkan’ di kawasan itu.

    Penyenaraian boleh membantu meningkatkan pelancongan tetapi ia disertakan dengan syarat untuk melindungi tapak tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...