Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNESCO iktiraf muzik warisan petani Cuba

    CUBA – Baru-baru ini, muzik petani Cuba atau lebih dikenali sebagai guajiros telah diletakkan sebagai Warisan Intangible of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa serta Budaya (UNESCO).

    Oleh itu, guajiros telah menjadi sebahagian daripada senarai genre muzik dunia yang diisytiharkan oleh organisasi ini sebagai legasi kepentingan kebudayaan sejagat dunia yang merangkumi pelbagai genre muzik seperti Cuban Rumba, Flamenco, Tango, Song Mongolia, Opera Tibet, Candombe, El-Mariachi dan Canto del Llano Colombo-Venezuela.

    Genre muzik petani Cuba, guajiros ini pernah dipopularkan oleh dua artis Cuba pada tahun 1950an di negara itu, Celina dan Reutilio dengan pelbagai jenis corak lagu dan muzik namun masih mengekalkan genre yang sama.

    Berkonsepkan nada dan corak desa, setiap petani akan datang dan menyaksikan persembahan artis itu dan memainkan gitar mereka untuk sama-sama menyanyi sambil melakar cinta mereka kepada negara, individu dan juga persekitaran mereka.

    Genre muzik guajiro ini telah diamalkan di Cuba selama lebih dari empat abad dan ia dianggap sebagai salah satu modalitas melodi tertua di kawasan Caribbean.

    Genre muzik guajiro ini telah diamalkan di Cuba selama lebih dari empat abad dan ia dianggap sebagai salah satu melodi tertua di kawasan Caribbean. – AFP
    Pihak UNESCO telah berusaha mengekalkan nilai warisan yang berakar rumbi pada abad ke-16 dan ke-17 ini. – AFP

    Genre muzik ini mempunyai asal dalam skema Hispanik khususnya dalam instrumen bertali, irama tarian, lagu berbentuk ayat, super posisi antara suku kata dan nota yang mana merupakan elemen yang sangat umum khususnya di kawasan Baroque, Sepanyol.

    “Sebenarnya, kebanyakan muzik genre guajiro ini dihasilkan di kawasan pedalaman dan di kawasan perkampungan yang mempunyai penduduk yang kecil dan genre muzik ini seakan-akan alunan muzik genre Sepanyol, dimainkan dengan alat muzik, gitar, bandurria atau lute dan secara umumnya, guajiro juga turut menggunakan beberapa alat muzik seperti The Typical Cuban Fricative Instruments dan maracas. Genre muzik ini lebih khusus kepada nyanyian berbanding tarian dan pada dasarnya, ia akan mempunyai satu bentuk tarian mengikut rentak dan penciptaan alunan muzik genre berkenaan,” kata Cristiobal Diaz Ayala kepada wartawan media.

    Sentuhan satu set muzik

    Lazimnya, genre muzik ini akan dimulakan dengan alunan muzik dari gitar sebagai instrumen utama kemudian digabungkan dengan alunan muzik dari The Triple, The Harp dan juga The Vihuela serta mempamerkan satu gabungan muzik yang rancak dan menyegarkan.

    Genre muzik ini merupakan genre muzik yang mesti didengar di kawasan Mediterranean yang telah memecah masuk kawasan pulau terbesar di Caribbean pada abad ke-16 selepas sahaja penaklukan Sepanyol.

    Para pendatang Canarian yang menetap di pulau itu, membuat pembaharuan sedikit dengan memasukkan unsur-unsur Hispanik yang mula tersebar di kawasan-kawasan bandar kecil.

    Kebanyakan unsur-unsur baru itu sudah lama dipraktikkan di kawasan Sepanyol.

    ‘Tonadas’ merupakan genre guajiro yang sedikit sebanyak menggariskan tentang kronologi bidang-bidang kemasyarakatan yang khusus untuk menyenangkan masyarakat walaupun pada realitinya mereka berdepan dengan kesulitan ekonomi.

    Berkonsepkan nada dan corak desa, setiap petani akan datang dan menyaksikan persembahan artis itu dan memainkan gitar mereka untuk sama-sama menyanyi sambil melakar cinta mereka kepada negara, individu dan juga persekitaran mereka. – AFP

    Versi dipelbagaikan

    Selain itu, terdapat juga versi genre muzik Zapateados campuran Hispanik turut mengambil modaliti yang berbeza-beza di Cuba. Untuk bunyi Tiple dan Guiro, ia menjadi satu gabungan muzik yang merujuk pada abad ke-19 untuk muzik petani Zapateada.

    Apa yang kita ketahui pada hari ini ialah muzik guajiro turut mempunyai akar kesamaan dalam genra Punto dan Trova de Sancti Spiritus dan sering diamalkan di kawasan tengah pulau berkenaan malah muzik berkenaan telah dipelopori oleh Diego Velazquez pada tahun 1514.

    Pada pertengahan abad ke-17, sebuah lagu yang menggunakan genre muzik guajiro telah dapat disesuaikan oleh beberapa orang penyair dan juga mendapat sentuhan hebat dari pemuzik Vicente Espinel di pulau berkenaan dan ia telah diterima oleh ramai penduduk dan terkenal dengan begitu cepat, terutama di Santi Spiritus, di mana para petani sering berkumpul untuk menjual tanaman mereka di kawasan dataran sambil genre muzik berkenaan dinyanyikan.

    Secara perlahan, genre muzik tersebut ditambah dengan beberapa lagi iringan muzik setelah ada beberapa penampilan guru-guru muzik membuatkan genre berkenaan semakin bertambah baik.

    Kesemua itu merupakan sejarah awal bagaimana genre muzik berkenaan terus berkembang di pulau berkenaan dan sehingga ke hari ini dikenali sebagai Guajira dan ditampilkan dengan pelbagai jenis lagu Cuba.

    Pihak UNESCO telah berusaha mengekalkan nilai warisan yang berakar umbi pada abad ke-16 dan ke-17 ini. Malah tindakan pengiktirafan protagonis dalam irama lagu dan tajuk lagu juga terus dikekalkan seperti Celina & Reutilio, Justo Vega, Ramon Veloz, El Jilguero de Cienfuegos, Albita, Coralia Fernandez, Inocente Iznaga dan Estrella Acosta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda