Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNHCR hulur bantuan

    KABUL, 14 OKT – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) telah menyampaikan bantuan kepada ribuan penduduk yang memerlukan di seluruh Afghanistan, menurut agensi itu hari ini.

    Bantuan itu diagihkan kepada 4,506 penduduk di Kabul, Kandahar, Kunduz dan Balkh dengan kerjasama beberapa agensi bantuan lain.

    “Di Herat (provinsi) pihak kami turut memberikan sumbangan wang tunai kepada 665 orang penduduk di Kabul dan 973 orang di Herat,” menurut agensi itu, lapor Xinhua.

    UNHCR bersama beberapa agensi bantuan dan pertubuhan bukan kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan menjelang musim sejuk. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda