Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNHCR mohon Indonesia selamatkan bot Rohingya

    JAKARTA, 22 OKT – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) merayu kepada kerajaan Indonesia untuk menyelamatkan sebuah bot di pantai barat negara berkenaan yang memuatkan lebih 100 pelarian Rohingya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

    Bot itu berada sekitar enam kilometer (km) dari pantai wilayah paling barat Aceh tetapi kelmarin sebuah bot bantuan telah menariknya sejauh 1.6km.

    “UNHCR segera merayu kepada pihak berkuasa untuk memastikan penyelamatan di laut dan pendaratan selamat untuk kumpulan tersebut,” kata Faisal Rahman, sekutu perlindungan UNHCR di Indonesia.

    “UNHCR dan rakan kongsi bersedia untuk menyokong dan memberikan bantuan yang amat diperlukan untuk mereka,” kata Rahman dalam satu kenyataan kelmarin.

    Lima Rohingya telah dipindahkan Khamis lalu untuk rawatan perubatan di hospital tempatan Indonesia, tambahnya.

    Menurut pegawai tempatan di Aceh Selatan, seorang pelarian maut semasa berada di atas bot itu. Yuhelmi, jurucakap daerah Aceh Selatan memberitahu AFP minggu lalu penduduk tempatan sedang menunggu pegawai imigresen tiba sebelum sebarang keputusan mengenai langkah seterusnya dilakukan.

    Rahman berkata kerajaan Indonesia ketika ini sedang mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan perkara itu. – AFP

    Kapal pelarian Rohingya sedang menunggu untuk ditarik oleh kapal bantuan ke pantai di wilayah Aceh Selatan pada 21 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda