Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    UNHCR: penduduk berpindah lepasi angka 100 juta

    MOSCOW, 23 MEI – Angka penduduk yang terpaksa berpindah, melarikan diri, pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan serta keganasan sudah melebihi 100 juta, dengan konflik di seluruh dunia memburukkan lagi keadaan, lapor Sputnik.

    Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) hari ini, menjelang akhir 2021, bilangan orang yang terpaksa berpindah meningkat sehingga 90 juta disebabkan gelombang baharu keganasan atau permusuhan berterusan di Afghanistan, Burkina Faso, Etiopia , Myanmar, Nigeria dan Republik Demokratik Congo.

    Sejak tiga bulan lalu, konflik di Ukraine menyebabkan 14 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka, termasuk enam juta mencari suaka di luar negara dan lapan juta hilang menjadi pelarian domestik.

    “100 juta adalah angka yang besar dan membimbangkan. Ia rekod yang tidak sepatutnya berlaku dan menyedarkan kita untuk bangkit menyelesaikan dan mencegah konflik, menamatkan penganiayaan dan menangani punca asas yang memaksa penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka,” kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian, Filippo Grandi dalam satu kenyataan.

    Jumlah keseluruhan orang yang terpaksa berpindah kini melebihi satu peratus daripada populasi global dan pencari suaka berjumlah 46.8 juta.

    Menurut Grandi, bantuan kemanusiaan bukanlah penyelesaian muktamad sebaliknya wujudkan keamanan dunia. – Bernama

    Gambar fail 27 Ogos 2018 menunjukkan kanak-kanak pelarian Rohingya bermain di sekitar sebuah pam air di Kem Pelarian Balukhali, Bangladesh. Jumlah orang yang dipaksa melarikan diri daripada konflik, keganasan, pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan telah melepasi 100 juta orang buat pertama kali dalam rekod, dipacu oleh perang di Ukraine dan beberapa lagi konflik maut lainnya, menurut agensi PBB. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...