NEW YORK, 18 JULAI – Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata bahawa 90 peratus penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa berpindah sejak Oktober 2023.
“Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak,” kata Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) memetik UNICEF dalam satu hantaran di X.
“Tempat-tempat di mana orang ramai terpaksa berpindah kekurangan keperluan asas dan keselamatan,” menurut hantaran itu.
“UNICEF terus menyeru supaya semua permusuhan dihentikan dan gencatan senjata yang berkekalan.” – Bernama


