THE HAGUE, 11 JUN – Syarikat pengguna gergasi, Unilever berkata hari ini ia akan menggabungkan cawangannya di Belanda dan Britain menjadi sebuah syarikat tunggal yang berpangkalan di London, dua tahun selepas gagal dalam usahanya untuk memindahkan ibu pejabat firma itu ke Belanda.
Pembuat aiskrim Ben and Jerry, sabun Dove dan sapuan yis Marmite itu berkata menamatkan strukturnya yang berusia 90 tahun itu akan menjadikan lebih responsif kepada cabaran-cabaran termasuk pandemik koronavirus.
Namun ia menegaskan yang kehadiran dan operasinya di kedua-dua tempat di Belanda dan Britain itu akan ‘kekal tidak berubah’ dan ia akan mengekalkan penyenaraian bursa sahamnya di London dan Amsterdam.
Unilever berkata dalam satu kenyataan bahawa selepas 18 bulan menilainya ia percaya ‘memindahkan daripada struktur sah pada masa ini kepada sebuah syarikat induk tunggal akan membawa manfaat signifikan’.
Ia berkata penilaian besar perniagaan penting tehnya menunjukkan struktur Inggeris-Belanda masa ini itu ‘boleh mewujudkan keburukan kepada kumpulan tersebut’, contohnya apabila hendak menjual sebahagian firma tersebut.
“Ia juga jelas yang pandemik COVID-19 akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih fleksibel dan sambutan lebih banyak yang sangat diperlukan,” katanya. – AFP