KUCHING, 30 JULAI – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sentiasa menekankan penyelidikan yang mampu memberikan impak kepada masyarakat dan industri, selaras dengan lima fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Lima fokus itu ialah penyediaan bakat terbaik negara, pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi, pelaksanaan pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi, serta pemantapan ekosistem pemboleh daya. Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr

