
‘Get ready’ kawan-kawan! Destinasi ‘shopping’ awda kini lebih hebat lagi!
UNIQLO Bintang Megamall di Miri kembali dengan wajah baharu – lebih besar, lebih selesa dan lebih ceria!
Kini dinaik taraf dan diperluaskan hingga meliputi dua tingkat, kedai UNIQLO yang diberi nafas baharu ini tampil dengan susun atur yang lebih bergaya untuk pengalaman membeli-belah yang lebih senang hati.
Transformasi demi keselesaan awda
Koleksi LifeWear yang lebih lengkap kini menghiasi ruang yang lebih luas untuk golongan berlainan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. ‘Shopping’ dalam suasana lebih santai dan menyeronokkan merupakan aura mesra kedai yang diperbaharui ini.
Sempena pembukaan semula yang ditunggu-tunggu ini, UNIQLO akan menawarkan promosi ekslusif pada 7 – 9 November 2025 dengan rantai kunci tenunan UNIQLO x Anatomy dan beg jinjing serba guna UNIQLO “Miri” tersendiri.
Rantai kunci UNIQLO x Anatomy edisi khas (7 – 9 November 2025)
250 pelanggan pertama yang beratur setiap hari akan membawa pulang rantai kunci tenunan UNIQLO x Anatomy edisi khas. Hadiah kenangan dengan sentuhan kraftangan istimewa ini meraikan transformasi kedai UNIQLO bersama peminat fesyen ‘casual’. Stok terhad, jadi datanglah awal agar tidak kecewa!

Beg ikonik UNIQLO “Miri” pelbagai guna (7 – 9 November 2025)
Sebagai tawda penghargaan, setiap perbelanjaan RM250 dan ke atas dalam transaksi satu resit akan menerima beg jinjing UNIQLO “Miri” eksklusif yang cantik dan menonjolkan personaliti tersendiri. Beg edisi khas yang praktikal ini sesuai untuk pelbagai kegunaan harian awda di samping mencirikan semangat tempatan dan gaya hidup mesra alam.

Tawaran eksklusif hanya untuk pembelian di dalam kedai
Pembukaan semula UNIQLO di Bintang Megamall turut dihangatkan dengan koleksi ‘fleece’ (jaket lembut dan ringan) pada harga promosi yang istimewa. Sesuai untuk lapisan tambahan ketika melancong ke tempat dingin ataupun dipakai di dalam bangunan berhawa dingin seperti pejabat, tiga pilhan berikut mampu mencerminkan gaya berlainan:
Soft Knitted Fleece: RM59.90 (Harga Asal: RM79.90); Fluffy Yarn Fleece Full-Zip Jacket: RM99.90 (Harga Asal: RM129.90); dan Fleece Full-Zip Jacket: RM99.90 (Harga Asal: RM129.90).
Sama-sama raikan saat istimewa ini
Lebih luas, lebih selesa, dan lebih bergaya – kunjungi UNIQLO di Bintang Megamall yang telah dinaik taraf ini untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!
Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Jumpa di sana nanti!

